Thursday, December 9, 2010

Amalan & Adab Pada Hari Jumaat

1. Daripada Ibnu Umar r.a. mendengar Nabi saw brsabda : "Siapa dtg kpd jumaat maka hendaklah ia mandi."

2. Hadis drpd Aus bin Aus r.a. mnyatakan siapa yang mandi pd hari jumaat, mencuci kekotoran pada badan, bersegera, awal-awal ke masjid, diam dan mendengar khutbah, baginya dgn setiap lngkah yg dilangkahnya pergi Jumaat itu pahala setahun.
3. Hadis drpd Abu Hurairah r.a. mnyatakan diampunkan baginya akan dosa barang yg diantaranya dan antara jumaat yg dihadapannya dan lebih tiga hari yakni diampunkan Allah akan dosa sepuluh hari kemudian drpd Jumaat yg diperginya.

4. Banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad saw pada siang dan malam Jumaat itu, Menghidupkan mlm Jumaat dgn berbagai zikir.
     Rasulullah saw bersabda bermaksud:
      "Barangsiapa mengucap selawat ke atasku pada hari jumaat lapan puluh kali nescaya Allah Ta'ala           
       mengampunkan dosanya lapan puluh tahun".
      "Terlebih utama manusia bagi syafaatku pada hari qiamat itu iaitu orang yg terlebih byk mngucapkan 
       selawat keatasku"

5. Berhias itu brpakaian bersih-Sunat pada hari khamis mnyucikan pakaian sbgai persediaan dan keperluan Jumaat. (Lebih afdal berwarna putih), tubuh badan yg bersih, mengunting misai, mnggosok gigi sebersihnya.

Serban adalah disunatkan pada hari Jumaat. Diriwayatkan Watsilah bin Al-Asqa', bahawa Rasulullah saw
bersabda: "Bahawa Allah dan para MalaikatNya berdoa kepada org2 yg memakai serban pada hari Jumaat."

6. Berwangi-wangian yg suci dan bersih drpd bahan-bahan yg najis sperti alkohol dan sbgainya.
  Berkata Asy-Syafei r.a. " Siapa yg bersih kainnya, nescaya kuranglah kesusahannya dan siapa yg baik baunya, nescaya bertambah akalnya."

7. Mengerat kuku, Kata Ibnu Mas'ud r.a. "Siapa yg mngerat kukunya pada hari Jumaat, nescaya dikeluarkan oleh Allah 'Azzawajalla daripadanya penyakit dan dimasukkan-Nya kepadanya ubat."

*Peringatan

Di antara perkara yg boleh merosakkan Iman dan Islam seseorang itu ialah apabila seseorang itu brkata :
 "Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat", apabila diberitahu memotong kuku adalah sunat.

8. Di masjid, jgn melalui dihadapan org yg sedang solat.
 Riwayat Al-Bazzar dan Zaid bin Khalid, bersabda Nabi saw: "Tegak berdiri 40thun adalah lenih baik drpada melalui di hadapan org yg sedang solat."

9. Jgn Melangkah bahu seseorang di dlm masjid. Sesiapa yg brbuat demikian, nescaya dijadikan titi kepada neraka jahanam, melainkan jika didapati masih ada sof yg dihadapan itu kosong blum dipenuhi org, maka bolehlah melangkah masuk tetapi dgn penuh sopan dabn beradap.

10. Membaca Al-Fatihah 7 kali
      Membaca surah Al-Ikhlas 7 kali
      Membaca surah Al-Falaq 7 kali
      Membaca surah An-Nas 7 kali

            a. Diriwayatkan oleh sesetengah salaf bahawa siapa   mengerjakan yg trsebut tadi, nescya ia terpelihara dari Jumaat ke Jumaat dan adalah penjaga baginya drpada gangguan syaitan.
            b. Diberi akan dia pahala sebilang-bilang org yg      beriman dgn Allah dan dgn hari akhirat.
                Dalam riwayat lain: Dipelihara Allah Ta'ala akan agamanya dan dunianya dan ahlinya dan anaknya.

11. Setiap kali masuk ke masjid, hendaklah beriktikaf :
     "Sahaja aku iktikaf di dalam masjid ini, sunat kerana Allah Ta'ala".

12. Setiap kali masuk ke dalam masjid, hendaklah solat sunat tahiyat masjid 2 rakaat.

13. Jangan bercakap dan berbuat sesuatu perkara ketika khatib sdg mnyampaikan khutbah, sesiapa yg melakukan demikian, hilanglah pahala Jumaatnya.

14. Sunat kemudian daripada solat Jumaat itu duduk sehingga Asar dan jika ia duduk sampai maghrib adalah lebih afdal. Rasulullah saw bersabda, bermaksud:
           " Barangsiapa solat 'Asar di dalam masjid tempat solat Jumaat maka adalah baginya pahala haji dan
             barangsiapa solat maghrib yg berjemaah, maka baginya pahala satu haji dan umrah."

15. Mengajar dan belajar ilmu pada hari Jumaat itu lebih afdal.

16. Sunat byk menbaca Quran pada hari Jumaat dan malamnya.
      Rasulullah saw bersabda bermaksud:
      "Siapa mmbaca surah Al-Khafi pada malam Jumaat atau pada harinya diberi nur dari tempat
       membacanya hingga ke negeri Mekah dan diampunkan baginya drpd satu Jumaat kpd satu Jumaat yg lain
       dan dilebih daripadanya tiga hari dan mngucap salawat yakni meminta ampun baginya oleh 70ribu. 
       Malaikat hingga waktu subuh dan disembuhkan akan dia drpd segala pnyakit dan drpd pnyakit barah
       yg bengkak yg memecah di dalam perut dan disembuhkan drpd pnyakit yg di dlm lambung dan drpd 
       penyakit sopak dan penyakit budak dan dilepaskan drpd fitnah Dajjal."

17. Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas 10 kali seolah-olahnya ia membaca Quran seluruhnya."

18. Usamah bin Zaid r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda bermaksud:
      "Sesiapa meninggalkan Jumaat 3 kali brturut2 tanpa uzur, maka dia adalah dicatat dri golongan org munafiq".

19. Makruh musafir pada malam Jumaat dan HARAM musafir sesudah terbit fajar sidiq hari jumaat.